entah kenapa semakin hari semakin aku merasakan betapa hati ini semakin terluka. telah aku cuba bentangkan luas perasaan ini, dan telah aku asingkan satu persatu kesakitan ini agar aku bisa melupakannya walau sesaat. namun apalah daya ku...melawan sesuatu yang aku tak biasa lakukan. jujurnya aku masih lagi tidak bersedia mengahdapi dugaan ini...dan terlalu sakitnya pabila kita tahu akan kebenaran yang telah terhampar di hadapan kita. mulanya aku merasakannya hanya sekadar satu alasan yang mahu menguji kekuatan cinta aku, namun kini mungkin tekaan aku silap semata-mata. dan ALLAH itu maha pengasih dan penyayang...ditunjukinya kebenaran yang memang menyakitkan...telah aku berusaha sejauh ini namun aku tewas sekali lagi...dan kali ini ketidaksediaan aku benar-benar teruji...Ya ALLAH, berilah aku petunjuk agar dapat aku tempuh dugaan-Mu ini Ya ALLAH...sesungguhnya aku tidak pasti dengan kebenaran yang Engkau berikan ini...aku buntu aku bingung dan aku keliru untuk menerima takdir ini. Jika benar inilah ketentuan buatku...berilah aku kepastian Ya ALLAH...kerna hanya Engkau sahajalah yang aku punya kini...
dan kini aku masih memerlukan Nieazrien sebagai teman...
Thursday, October 1, 2009
aku masih tidak bersedia....
Posted by nieazrien at 7:51:00 PM
Thursday, September 24, 2009
it's over...maafkan aku...
Salam untuk semua.
maafkan aku sekiranya aku memutuskan untuk tidak lagi meneruskan blog ini.
bukan kerana aku bosan atau benci tetapi aku tidak kuat untuk menanggung satu demi satu dugaan yang datang.
bukan bermakna aku lemah, tetapi aku tidak mahu terus menerus melukai perasaan aku sendiri.
terlalu berat jiwa ini menanggung dan aku dapat merasakan bahawa hati ini semakin tertutup untuk menerima kebenaran.
dan aku tidak mahu terus menerus menyakiti insan yang aku sentiasa cintai. it's hurt..to him, to me, and to us.
mungkin belum masanya untuk memintanya membuat keputusan. dan akibatnya, dia menutup segala peluang yang ada. terlalu singkat peluang yang diberi untuk membuktikan aku mampu berubah untuk jadi yang terbaik dan melengkapi sisinya. namun aku gembira walaupun masa yang diberikan sekadar dua hari. aku perlu pasrah. aku perlu bangkit dari kekalahan ini. aku redha jika suratan ini menjadikan kami insan yang lebih matang, lebih berdikari, lebih memahami dan lebih berhati-hati.
aku tahu betapa dia merindui kenangan enam tahun yang lalu...dia merasakan aku telah berubah...aku akui aku tersilap mentafsirnya..aku fikir dia mahukan aku menajdi matang namun disebalik penerimaanya selama ini betapa dia merindui sifat dan sikapku yang dulu. tapi sedarkah dia sejauh mana atau sedalam mana rasa rindu dia untuk waktu itu, aku lebih merindui waktu itu..mungkin dia tak pernah tahu yang aku masih melakukannya sehingga ke hari ini, aku tak pernah lupa dan tak pernah penat atau jemu utk buat kad-kad ucapan sayang dan cinta untuknya. betapa bodohnya aku merasakan ia seperti kebudak-budakan. dan bodohnya aku kerana malu untuk beri padanya. aku takut dia akan tertawakan aku..dan aku masih lagi simpannya hingga ke hari ini. dan biarlah ia menjadi rahsia kerana dia tak akan pernah mengetahui akannya. memang aku silap menyimpannya namun untuk menyesalinya..pasti sudah terlambat buat aku.biarlah ia menjadi sisa kenangan indah yang akan menemani sepanjang hidupku. thanks babe, for our wonderful luv. aku hargainya tak pernah sesekali aku menyesalinya..walau mungkin telah kau temui cinta baru..aku redha dan aku tahu perlu bersedia mlepaskan kau pergi, walaupun berat untuk menerimanya..aku pasrah..kerana aku percaya dengan keikhlasan dan keluhuran cinta kita selama ini. aku tak pernah membohongi kau setiap kali aku ucap aku cintakan dikau, tapi mungkin ucapan itu tidak cukup buatmu menjalani hari-harimu sehingga ada yang mampu menakluki hatimu. pergilah sayang jika itu lebih membahagiakanmu, lebih membuatmu tenang dan lebih bermakna berbanding berada disampingku..aku izinkan kau pergi..cukuplah buatku hidup dengan sisa kenangan kita..mungkin lebih baik begini dari saling menyakiti..
cuma ingatlah syg, aku tidak pernah cuba untuk melupakan kau, dan aku tidak pernah cuba mengikis rasa cinta dan sayang di hati ini kerana ia telah sebati dalam jiwaku. harapan ku mungkin terlalu tinggi kerana sentiasa mengharapkan dikau kembali suatu hari nanti..namun jika takdir menentukan bahawa aku tidak punya hak untuk memilikimu..aku redha syg.
maafkan aku kerana mengakhiri blog ini dengan rasa hati yang penuh rasa kecewa, pasrah, dan sedih. bukan aku sengaja melakukannya..namun biarlah apa yang aku mulakan dulu aku akhiri dengan perasaan yang sama..
Posted by nieazrien at 6:11:00 PM
Wednesday, September 23, 2009
@ku cinta diA
aku kini lebih tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masalah..
bukan aku meninggi diri, tetapi pengalaman hidup yang tak seberapa ini mungkin telah menjadikan diri ini lebih matang dan berhati-hati
INSYALLAH,
dengan apa yang telah berlaku, aku akan cuba menjadi insan yang lebih baik
walaupun aku serba kekurangan, tetapi aku bersyukur yang amat dengan apa yang dimiliki
setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
moga apa yang akan bakal berlaku esok akan ku lalui dengan penuh sabar dan tenang.
Amin.
Memang bersyukur kerana dapat kembali kesisinya
I admit that I made a mistake..
betapa aku menyesal sangat-sangat..
it`s really hurts, bila kita sakiti orang yang kita sayangi..
I'm sorry b@be..
Tapi apa yang lebih membuatkan aku terharu adalah pabila dia sanggup untuk berikan peluang kedua kepada aku.. sebab dia percayakan aku.. sebab dia masih sayangkan aku..
Bukan bermakna dia lemah kerana terlalu mudah memaafkan aku,
tetapi..
mungkin jodoh kami masih kuat..
mungkin ikatan yang telah terjalin antara kami menghalang perpisahan itu dari berlanjutan..
Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadamu kerana masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk aku berusaha memperbaiki diriku ini..
Ya Allah, baru kini aku sedar walaupun tiada siapa lagi yang mampu mendengar luahan hatiku, aku masih punyai Engkau..
B@be, in rasa bertuah sangat sebab ada b@be yang masih sayangkan in.. masih sudi mengambil berat..
In terharu sangat dan bersyukur sebab masih berpeluang memiliki cinta b@be..

i'm really2 appreciate your forgiveness
no matter happen to you or to our love
u're still my luv..
today, tommorrow n forever.
Posted by nieazrien at 7:12:00 PM
Kemb@Li....
memberikan aku peluang sekali lagi
kembali mengecapi kebahagiaan yang dulu pernah diberikan
kerana lalai, ego dan kedegilanku
aku kehilangannya
betapa aku menyesali atas apa yang telah terjadi
Namun aku bersyukur kerana doa dan harapan ku selama ini dimakbulkan
benarlah jika kita punya kesabaran pasti akan terbalas jua akhirnya
dan aku sentiasa percaya akan keESAan ALLAH dalam apa jua keadaan sekali pun
kerana kasih sayang ALLAH itu akan sentiasa mendahului kemurkaannya
Dan kini aku percaya aku peroleh secebis kasih sayang dari yang Maha Esa
aku diberikan kesempatan sekali lagi untuk memperbaiki diri
betapa aku meredhai atas apa yang telah ditentukan buatku
aku terima dengan hati yang terbuka dengan harapan agar aku sentiasa diberada
dibawah lindunganNya..
ALHAMDULLILAH
Posted by nieazrien at 6:39:00 PM
Thursday, September 17, 2009
Terima KAsih Cint@
setelah jauh melangkah
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu
terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua kesalahanku
yang pernah menyakitimu
tanpamu tiada bererti
tak mampu lagi berdiri
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu
terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua
kesalahanku yang pernah menyakitimu
Posted by nieazrien at 6:21:00 PM
Sampai syurga...
ku membenarkan jiwaku untuk mencintamu
ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
untuk kamu untuk aku
belum pernah ku merasa ku begitu
semua itu telah berlalu
harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu
terus ku tertunggu
dihatiku
untuk kamu
belum pernah ku ingin terus menunggu
aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya satu
hanya kamu
ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku untuk tatapanmu
bersamamu
harapanku
hilang dalam terang yang membutakan ku
dan segala yg ku ada ku berikan semua
untuk dirimu sahaja
ku mahu dirimu
untuk selamanya
biar sampai syurga
aku menunggu
cinta darimu
agarku sempurna
namun aku tetap aku
yang terbaik untuk diriku
hanya satu
aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya kamu
~@lwayz Luv U b@Be~
Posted by nieazrien at 6:00:00 PM
Wednesday, September 16, 2009
Preparation Berhari Raya....
bukan enggan memeriahkan aidilfitri kali ini..cuma kemeriahan aidilfitri kali ini sedikit kekurangan,
mungkin dek kerana dah terlalu biasa buat preparation bersama si dia, dan pabila kali ini terpaksa melaluinya bersendirian, aku menjadi sedikit janggal, dan adakalanya air mata ini seakan-akan cuba melawan permintaan hati ini tatkala melihat orang lain sibuk prepare persiapan raya..mungkin kerana dah terbiasa seiap kali menyambut raya, dia yang akan meenemani aku buat preparation. malah aku cuba untuk melaluinya sendiiri namun aku gagal dan aku telah membuat keputuan agar tiada persiapan untuk raya kali ini. walau apa pun alasannya, aku tak akan pernah mengalah dari berjuang untuknya. Dan sekiranya aku akan gagal kelak...sekurang-kurangnya aku telah pun mencuba yang terbaik. Untuk menjadi terbaik baginya mungkin terlalu sukar kerana aku menyedari bahawa aku mungkin tidak boleh melengkapi hidupnya. Dan aku mula sedar yang mungkin suatu hari nanti aku perlu berundur demi kebahagiaannya. Apa2 pun aku ada sediakan buah tangan untuknya cuma aku tak pasti sama ada perlukah aku mengirimnya kerana mungkin dia akan menolak pemberiaan itu. Dan mungkin dia tidak mahu terhutang budi padaku, dan mungkin dia khuatir pabila budi tidak terbalas,dia akan tersepit dek budi. Ntahlah...kadang-kadang aku buntu. Namun aku berharap agar kami sentiasa diberi petunjuk dan ketabahan hati yang tidak terhingga dalam mengharungi dugaan dan ujian Yang Maha ESA ini.
~maaf zahir dan batin~
Posted by nieazrien at 7:20:00 PM
Tuesday, September 15, 2009
Kopi 'o' @t@u TeH??? Mesti ke Pilih?
Kalau aku g singgah rumah orang..diaorang mesti akan tanya samada nak air sejuk ker panas..
Dan aku akan jawab tak kisah..panas pun boleh..coz aku sebenarnye lebih suka kalau orang jamu aku teh..x kisah teh or teh o...janji teh! perhh...demamd betul...mesti kena sumpah dengan tuan rumah punye...hehehe...alah..sekali sekala kan..nanti bila diorang bertandang kat rumah aku pulak..aku jamulah fresh orange...waaaaahh..lagi advance aper...
Ntahlah...mungkin sebab aku dah terbiasa dibesarkan denggan teh sebagai minuman aku untuk breakfast..dari tadika sampailah aku kat kolej..teh jugaklah yang aku cari ..sampaikan mamak kat kolej aku dulu pun pernah tanya taknak ke try air yang shake2...memanglah aku sahut suggestion die..dn aku pun mintaklah teh milkshake..pastu terus dia cebik kat aku...eh..suka hati aku r kan kalau nak minum ape...huhu

Aku dan BG mungkin punya kegemaran yang berbeza..
Sikap kami berbeza,
Emosi dan perasaan kami berbeza,
Personaliti kami juga berbeza,
Banyak yang berbeza,
Tapi perbezaan itu tak pernah membataskan kasih sayang antara aku dan BG..
Kasih kami utuh,
Cinta kami jujur,
Rindu kami tulus,
Tahap perasaan antara kami itu juga mungkin berbeza-beza..
Kerna adakalanya rindu BG melebihi rindu aku,
Dan adakalanya rindu aku melebihi rasa rindu BG pada aku,
Indah sungguh emosi dan perasaan ketika itu,
Walau berbeza ia sebenarnye mengeratkan aku dan BG,
Begitu juga kisah 'kopi atau teh' ini,
Kerna aku lebih menyukai teh,
BG pula lebih menyukai kopi,
Dulu masa BG minum kopi o, Aku pulak minum teh,
DAn sejak mengenali BG, aku mula berjinak-jinak dengan kopi o,
Walau aku penggemar warna hitam, Tapi aku tak pernah menyukai kopi o,
Tapi lama-kelamaan kesebatian BG dalam Diriku menyebabkan kopi juga semakin menjadi sebati dalam hidupku,
BG penggemar Kopi O ais,
Dan kini aku juga telah menduakan teh, hahaha...sori..
Kerna aku telah menjadi penggemar Kopi 'o' sama seperti BG,
Aku juga lebih gemar berkongsi Kopi 'o' dengan BG,
Dan adakalanya aku habiskan Kopi 'o' BG,
Dan semenjak perbezaan kami benar2 memisahkan kami,
Tiada lagi kenikmatan menjamah Kopi 'o',
Kopi 'o' yang aku nikmati tidak lagi sama seperti Kopi 'o' mak BG,
Pernah aku cuba bancuh Kopi 'o' sendiri, tapi rasanye tak pernah sama,
Malah aku semakin rindukan Kopi 'o' buatan mak BG,
Pernah sekali dek kerana rindu nak minum Kopi 'o' mak BG, aku pun pergilah rumah BG semata-mata kerana Kopi 'o',
Tapi yang peliknya aku tak mintak pun mak BG buat Kopi 'o' tu...dan tetiba jer...mak BG kata...'sebelum balik minum dulu Kopi makcik'...perhhh...sayu betul rase hati mase tu...
Mak BG seolah-olah mengerti perasaan ini,
Dan mungkin mak BG mengerti yang aku sebenarnya lebih merindui BG dari air Kopi tu..
Betapa luhurnya hati mak BG bila cuba menyabarkan gelodak hati ini,
MAlah aku menjadi penggemar setia Kopi 'o' mak BG
Dan kini mungkin BG keseorangan menikmati Kopi'o' kegemaran kami...
Biarlah rasa rindu pada KOpi 'o' mak BG ini menjalar,
Biarlah kami membawa haluan kami sendiri,
Kerana mungkin BG lebih selesa bersendirian tanpa teman menemaninya menikmati Kopi 'o' dipetang hari...
Dan mungkin kerana BG lebih bahagia begini...
Posted by nieazrien at 9:06:00 PM
Meriahnya Hari-hari Terakhir Ramadhan di OffiCe
Hari-hari terakhir ramadhan di office....
baru hari nie rasenya meriah..
kenapa?
sebab my boz nak support half drpd kos repair my beloved car..tq..tq..
kenapa?
sebab khabarnya nak dapat bonus..
kenapa?
sebab tetiba dapat duit raya..waaahhh..boleh g collect lagi nih..
kenapa?
sebab kerja yang dah tak banyak..
kenapa?
cuti raya yang panjang..
Walau apapun sebab mahupun alasan untuk mengakhiri ramadhan di office kali ini,
aku tetap bersyukur kerana masih lagi punya cebisan-cebisan kisah indah dihujung ramadhan kali ini..
~Terima Kasih ALLAH~
Posted by nieazrien at 12:08:00 AM
Monday, September 14, 2009
Rindu D@tang Lagi...
Semakin terasa beban cinta ini
hanya menunggu ledakan bara cinta itu meletus...
ku pujuk hati ini bahawa jodoh kita pasti sudah di atur-Nya
Dan betapa teguhnya tebing hati ini berhempas pulas melawan ombak rindu
Menghalang benteng keegoan runtuh lewat kesetiaan mu di sisi
Namun semakin hari semakin tipis dan retaknya semakin jelas kelihatan
Yang akhirnya hanya mampu melihat benteng hati itu runtuh,
Betapa dahsyat dan hebatnya apabila cinta dan rindu itu bersatu
dan pada saat itu juga hati ini telah menyedari
BETAPA AKU AMAT MENGHARGAI DAN MERINDUI
KESEBATIAN DIRIMU DALAM HIDUPKU

Miz u B@Be
Posted by nieazrien at 10:13:00 PM
J.u.J.u.R P.a.D.a.K.u
Apakah kau memberiku satu erti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan lah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya
Posted by nieazrien at 10:07:00 PM
Ada Kasih Yang Indah
Dulu aku pernah dicintai
Dulu aku pernah dirindui
Malah duluaku selalu dimanjai
Dulu aku selalu dipimpini
Dulu aku tidak dibiar dari dilukai
Dulu hanya senyuman dimiliki
Dulu hanya gelak tawa didengari
Dulu hanya yang indah diabadi
Dulu aku yakin cintanya utuh
Dulu aku yakin kasihnya kukuh
aku menjadi lalai kerana dulu indah
aku lupa yang indah dulu mungkin tidak seindah kini
kini aku tidak pasti
kini aku bingung
kini aku menjadi lemah
kini aku sepi membaluti diri
kini aku telah sendiri
kini hanya kesal jiwa rasai
kini hanya memori peneman sepi
kini hanya mimpi pengubat lara hati
terlalu luas jurang dibentang
terlalu asing perasaan ini
tiada lagi bahagian indah dalam kisahku
tiada lagi dia disisi
tiada lagi dia menemani
tiada lagi dia mengisi sepi
jatuhnya aku
tiada lagi kisah indah mendodoi hati
kisah indah pergi
kasihku mati
Posted by nieazrien at 8:49:00 PM
Ku mencari Iman...
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tidak mampu berdiri
Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tidak sedarkan diri
Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri
Lemahnya diri ini
Baru sedikit kejayaan diberi
Lupa sudah 'siapa' yang memberi
Lemahnya diri ini
Baru sedikit kebaikan dibentang
Riak dan bongkak bersorak riang
Lemahnya diri ini
Bila kebajikan mula diatur
Tidak terdaya mahu teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan
Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki
Iman bisu menyepi sudah
Nafsu datang menganti akal mengawal diri
Lemahnya diri ini
Jalan dakwah dilaung mahu tempuhi
Baru saja langkah diatur kaki
Beberapa tapak sudah berhenti
Lemahnya diri ini
Banyaknya nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak mampu terhitung lagi
Tapi masih lupa dari mensyukuri
Lemahnya diri ini
Asyik hanyut dibawa urusan duniawi
Tidak pernah khuatir amalan diterima
Juga tidak pernah gentar dari dipaling
Lemahnya diri ini
Bagaimana harus ku sahut seruan jihad
Baru sedikit dilukai
Sudah menangis sudah juga meratapi
Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa pada syari'at
Terkejar-kejar sesuatu yang tak pasti
Leka dibuai halusnya godaan suara terlaknat
Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis juga terlupa mengingat MATI
Lemahkah aku BG?
Posted by nieazrien at 12:09:00 AM
Sunday, September 13, 2009
Think about him?
Posted by nieazrien at 10:15:00 PM
Thursday, September 10, 2009
Setelah dua puluh satu hari berpuase..
seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kemenangan...
Aidilfitri tiba bermakna Ramadhan akan berlalu...
rasa seolah-olah tdk puas menikmati ramadhan tahun ni...
terlalu banyak yang diharapkan sempena ramadhan kali ini namun yang pasti semua itu tidak kesampaian..dan tiba-tiba aku teringat kembali 'suara' yang tanpa jemu dan penat menasihati dan memberi semangat kepada aku..
dan pernah sekali dia datang menghampiriku menasihati agar..
berDOAlah sebanyak mana mampu..
SUJUDlah selama mana mampu..
TABAHlah sejauh mana mampu..
dan
jika keSABARanmu akan terhenti nanti..
aku tahu dikau mampu menjadi seTABAHku..
aku tahu dikau sdh pasti SUJUD sama sepertiku..
aku juga tahu dikau akan terus berDOA tanpa jemu..
kerana aku tahu kau telah REDHA atas ketentuanNYA.."
Redha. Doa. Sujud. Tabah. Sabar.
dan yang pasti aku tahu ada kebenaran disebalik kata-katanya itu.
walaupun aku tahu mungkin aku tidak boleh menjadi setabah K.I
tapi aku telah cuba semampu yang boleh
dan setelah hampir berbulan aku tidak mendengar kata-kata semangat darinya
namun aku masih mengharap kisah bahagia berada dipenghujung perjalananku nanti
Posted by nieazrien at 10:10:00 PM
tensionnye....
ramai orang pilih tarikh ni pergi kahwin...
ramai orang pilih tarikh ni pergi celebrate...
dan ramai juga orang pilih tarikh ni abadikan kasih sayang...
tapi..
aku tidak akan pilih tarikh ni...
sebab tarikh ni memang terlalu keramat dan menyebabkan aku terduduk dan merenung nasib aku dan hari yang semakin dekat nak raye!!!!
09/09/09....
memang dah nasib nak jadi cmni...nak buat mcm mane aien...
nie semua tender punya pasal...sibuk berkejar pergi nusajaya...
tetiba...enjin bau hangit...overheat..n then...
kereta rosak...tak boleh gerak...kena towing...hantar bengkel...head problem...kena top overhall...
kepala sakit denyut2....nak raye...banker dah takde...poket kering...
terpaksalah tabah dan redha mengahadapinye...
tapi...
waaaaaaaaa...nak bonus...nak bonus...dapat ker???bolehlah bozzzzz....please....
~090909~
Posted by nieazrien at 12:51:00 AM
Wednesday, August 26, 2009
Setelah enam hari menahan lapar dan dahaga....
masuk enam hari dah rupanye kita berpuase...skjp je rasenye msa berlalu...sedar tak sedar tiga minggu lagi kita akan menyambut aidilfitri pula...berlalulah ramadhan dengan tenang...sempena ramadhan 1430 ni, aku mengharapkan lebih ketenangan dan keredhan dalam menjalani kehidupan hari-hari mendatang.Malah aku mengharapkan akan menjadi lebih tabah dalam mengharungi dugaan ini.
Posted by nieazrien at 9:05:00 PM
Tuesday, August 11, 2009
Masih ku ingat..
pada masa itulah kita akan menyesali segalanya
dan masih lagi daku ingat akan kata-katanya di akhir pertemuan itu :
~Insyallah~
Posted by nieazrien at 11:20:00 PM
Hatiku Menangis...
jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang bo
leh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. - wallahualam -
namun tak pula aku sanggup keNerakamu,
kami lah hamba yang mengharap belas darimu,
Ya ALLAH jadikan lah kami hamb-hamba mu yang bertaqwa,
ampunkan dosa-dosa kami,
kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia..."
Posted by nieazrien at 10:20:00 PM
Friday, August 7, 2009
miss him
Entah mengapa bayangannya kerap hadir dalam mimpiku
Entah mengapa pabila aku mula merinduinya kembali aku menjadi tidak keruan
Entah mengapa pabila aku cuba melenyapkan rinduku padanya
aku merasakan betapa sakitnya perasaan itu.....
Ya ALLAH,
ku sujud padamu dengan harapan Engkau akan memberikan petunjuk kepadaku..Amin.
Posted by nieazrien at 1:19:00 AM
Wednesday, August 5, 2009
Ngah wedding..
Tanggal 01 Ogos 2009,Sabtu, bersamaan 10hb Syaaban 1430 termetrilah janji kasih between NGAH N wife..n now they will call her Kak ngah...wedding diaorg kira 3 hari 3 mlm jugaklh kn..coz sebelah lelaki majlis buat hari Isnin, 03.08.09 yang juga merupakan tarikh keramat anniversary kedua-dua insan paling disayangi BG.
NGAH yang smart berseri-seri n Sis F*** yang cun habis malam tu. Diaorang pakai persalinan colour PUTIH ala-ala SILVER..so nice..but, kesian kat KAK LONG coz tak boleh banyak bergerak..maklumlah tengah sarat..1st baby..n 1st grangchild. Wahh..BG nak dapat anak buah sendirilah tak lama lagi nampaknya..mesti riuh punya rumah diorang lepas nie..dgn KAK LONG yang sememangnya riuh, BG yang suka berloya buruk, a** yang mmg always kena buli and plus for de future baby boy yang mesti active gile punya..hah dah kenalah tu u all..tak sabar rasanye nak tgk baby KAK LONG..mesti putih melepak punye kn..like father n their mother lh..gebu..hahaha..
Malam tu jugak before aku balik, diaorang ajak amik gambar dgn pengantin..tetiba jd segan plk ngn diorang lebih-lebih lagi pd BG. Nak taknak terpaksa ikutkn jugaklah coz KAK LONG yang dah tak larat nak berjalan tu nak jugak naik stage tu (still degil jugak dia nie rupa-rupanya..hehehe)..n aku pun tlg pimpin dia naik n for the last, kitaorang abadikan jugak pic bersama pengantin. Tapi part yang paling best bile tak ramai yang cam aku sangat..sebab rupa aku yang telah ditouch-up sampai KAK LONG pun toleh dua kali..(maybe 1st time tu x knal sangat kot)...
Malam tu jugak macam-macam perasaan dalam hati aku, hepi dh of course punya..n then aku rase sebak sangat bila NGAH tetiba cakap THANKS OF LOT pada aku, sampai skrg aku masih terpikir makna disebalik kata-kata itu..nasib baik takde sape yang perasan air mata aku..hehe..dari riak muka dan pandangan dia seolah-olah cuba mengatakan sesuatu pada aku..but..forget it..alah lagipun ape sangatlah yang aku tolong pun..sekadar bantu ape yang termampu jer..But for the last, aku sememangnya terguris bila BG seolah-olah tidak perasan akan kehadiran aku..dan betapa pedihnya hati aku bila hanya sekadar dapat melihatnya dari jauh...aku tiba-tiba jadi keliru, jika benarlah dia hanya mahu menjadi kawan pada aku semata-mata maka kenapa layanan yang aku terima tidak setara dengan yang lain. Namun aku tidak berkecil hati kerana tidak ada yang sempurna dalam menjalani kehidupan sehariannya..cukuplah hanya sekadar renungan dari jauh yang aku terima..
kerana ia juga menjadikan aku lebih TABAH.
Dan hari tu jugak maybe akan jadi hari terakhir aku nampak BG dan entah bila lagilah aku berpeluang untuk melihat BG lagi.
Walau apepun, aku tetap menjadi antara sebahagian daripada mereka yang telah aku anggap seperti family aku sendiri. Dan yang pasti mereka juga akan tetap menjadi sebahagian daripada diri aku kerana mustahil untuk aku melupakan BG n FAMILY.
Ape pun kisah aku dan FAMILY BG, aku still hormati keputusannya. Walaupun sedih dan sayu untuk menerimanya namun cukup untuk aku simpan sebagai KENANGAN TERINDAH yang amat membahagiakan.
Buat KAK LONG, thanks for your advice n spirit.
i'm really2 appreciate because u're the wonderful sister.
Buat MOM BG, thanks auntie..for your morale support.
n for the last..
buat BG yang amat ku cintai dan dirindui,
no matter happens to us..
thanks b@be for our wonderful n precious luv.
Thanks for everything...
Posted by nieazrien at 9:35:00 PM
sejenak..

entah kenapa kata-kata berikut seolah-olah menyedarkan aku tentang satu perkara yang sememangnya selama ini jarang diendahkan..sering sesama insan bertanya impian mendapatkan pasangan hidup, namun adakah kita sedar bahawa adakalanya kita terlupa bahawa pasangan yang kita impikan sebenarnya mengimpikan pasangan yang lebih baik dari kita??? fikirlah sejenak...
kerana..
andai diri tidak sehebat SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSOFF,
jika kasih tidak setulus ZULAIKHA,
tidak perlu dikau mengharap teman seteguh IBRAHIM,
andai diri tidak seteguh HAJAR,
dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika pekertimu tidak semulia KHADIJAH"
Posted by nieazrien at 5:43:00 AM
hari yang memenatkan
perh...dr pg sampailh ke ptg..x sng duduk aku di buatnya.kerja..kerja..dan kerja lagi..bosannye..bukan ape sebab semuanya yang nak cepat..dan aku yang jadi kelam kabut.But still OK dari orang yang ade kerja tapi x buat kerja kn?..hahaha...bukan perli tapi sekadar beringat sesama sendiri..walaupun hari ni busy sangat, tapi aku sebenarnya lebih suka dengan keadaan begini..kerja dari pagi sampai ke petang n kalau x siap extend sampai malam..pastu bile dah penat..balik..pastu tunai ape yang wajib..dan TIDO!!! sekurang-kurangnya masa aku terisi dengan kesibukan kerja dan secara x langsung menghanyutkan ingatan dan perasaan rindu aku pada si dia..dan sekurang-kurangnya ia menjadikan aku lebih tabah dan redha dalam mengharungi kehidupan mendatang...namun aku senantiasa berharap agar ada sinar baru di penghujung perjalanan hidupku nanti...
Posted by nieazrien at 5:32:00 AM
Tuesday, August 4, 2009
My Wonderful Love
Mujur aku punya Nieazrien.
Dan di saat jari-jemari ini laju menekan satu demi satu huruf di depan ini, ingatan aku mula menggamit memori silam malah mata ini terlalu liat untuk dijinakkan agar tidak lagi mudah untuk mengalirkan air mata.
Entah bagaimana harus ku mulakan..terlalu banyak ucapan dan penyataan yang ingin aku luahkan agar Dia dapat mengembalikan sesuatu yang pernah aku miliki dulu. Buat Mak abah tercinta, terima kasih ku ucapkan untuk segala kesusahan dan kepenatan selama membesarkan aku dan sehingga kini aku bersyukur kerana mula menyedari betapa sukarnya untuk mencari rezeki sendiri apatah lagi untuk menyara insan lain.
Malah perlu kamu tahu, betapa aku amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan Mak dan Abah seperti mereka sebagai dua insan yang paling berharga sepanjang aku mengharungi hidup di muka bumi ini.
Buat yang lain, aku juga menyayangi kamu seumur hidup ku..tiada galang gantinya kerana aku telah dididik untuk menjadi pencinta yang setia.Sebagai kakak, mungkin aku hanya memerhati, tapi alangkah baiknya begitu dari tidak mengendahkan. Dan sebagai seorang adik, aku hanya mampu untuk menerima kerana aku hanya seorang adik.
Dan sebagai seorang kawan, mungkin lebih baik menjadi pendengar daripada penasihat, dan kerana itu aku memilih untuk hanya mendiamkan diri.
Dan sebagai seorang insan bergelar KEKASIH..terlalu luas maksudnya di sanubariku kerana terlalu banyak pengertian untuk digelar sebagai KEKASIH. mungkin aku jarang memahaminya kerana aku sering leka diulit mimpi..malah kini aku berharap agar mimpi itu akan sentiasa jauh dariku kerana aku mahu menjadi seorang yang lebih menjaga hati..
Posted by nieazrien at 1:19:00 AM
sepi....
lm x update blog eh..byk benda sebenarnye nk luah tp asik x berkesempatan jer..ntah lh sejak akhir2 ni cm x de mood jer...arghh!!!knp mesti aku melalui semua ni???why?? sesungguhnya aku x mampu utk hadapi semua ni..lbh2 lg skg..disaat aku mula yakin, disaat itu juga semangat aku jd goyah...x prnh aku sangka aku akan bersendirian begini...namun aku akan sentiasa pegang akan janjinya...loving u always...
Posted by nieazrien at 12:54:00 AM
Friday, July 31, 2009
me....
happy sgt smpi ketawa terbahak2..
so nice..dpt join diaorg..at least xlh terasa sunyi sgt..thanks ladies..u all byk tlg aku lbh2 lg di saat aku hlg tpt mengadu suka duka..2 bln dh..arghhh!!!ntah nape aku terlalu obses utk milikinya..sian kt geng ADM kna lyn kpla otak aku...ronda pnye ronda..finally, i realize that i can`t leave with my b@be,
whatever happen, i`m still luv him
i'm so sorry b@be coz hurt you...
it`s hurt...to me...to you n to us..
i know that..
Posted by nieazrien at 9:28:00 PM
Tuesday, July 28, 2009
finally...i did it..!!thanks sis bucuk...
akhirnya...i have my own blog..thanks to kak ida...yg tlh menceriakan dan membantu aku mengisi masa lapang aku di opis...hahaha...jgn mare kak noreen...nti klu ade kje..u panggil i ok!b4 nie asik tgk blog org lain jer..but now n until forever..maybe..aku dh blh berpoya-poya ngn blog aku nie...yahoo!! at least hari2 aku xlh bosan sgt...lbih2 lagi bile weekend..argh!!! i`m really miz him...
Posted by nieazrien at 10:05:00 PM
Thursday, July 23, 2009
new vision!!!
new hope, new life, new vision!!!
segala harapan dan permintaan aku harapkan agar sentiasa menyebelahi aku.
tiada lagi kesedihan dan tiada lagi tangisan...
dan kini aku punya new vision!
aku penuhi dengan macam2 impian dan harapan, malah aku senantiasa berusaha dan terus berusaha sehinggalah aku yakin aku takkan kecundang lagi..
wahai dunia....watch out!!!
Posted by nieazrien at 11:16:00 PM
mOrning yg hepi??

aku wake-up dgn perasaan kosong pagi td..but mase on de way ntah kenapa hati aku tetiba terisi dek keriangan bila dgr lagu yuna..1stly mase lagu tu top aku x suke sbb semua org suke..tp skg semuanya berubah..aku mesti tunggu lagu tu..bukan ape sje nk cr mood sejak akhir2 nie..maklumlah sjk aku hilang tpt mengadu suka-duka, aku jd x tentu hala kjp.aku seolah-olah hampir tenggelam dalam dunia aku sendiri..tp mujurlah ALLAH buka jalan utk aku..malah aku bersyukur kerna masih lagi diberi kesempatan utk mengirup udara segar setiap hari..selagi nyawa di tubuh ni masih lagi dizin utk dipinjam...malah, aku sentiasa berdoa agar setiap pagi aku akan bertambah baik dari pagi sebelumnya...sama-samalah kita mengaharapkan yang terbaik dalam hidup kite..Wassalam.
Posted by nieazrien at 3:14:00 AM
Wednesday, July 22, 2009
wahai dunia
JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
Kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak....tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....
Posted by nieazrien at 12:50:00 AM










