BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 13, 2009

Think about him?


emmmmm.....aku dah cuba utk lupakan dia buat sementara waktu sepertimana dia cuba utk melupakan aku. jujurnya, aku dah tak sanggup utk menghadapi keadaan ini. terlalu berat utk aku menanggung sendirian. dan entah mengapa perasaan ini seolah-olah sengaja diuji. sesungguhnya aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang telah berlaku antara kami kerana aku menyedari yang antara kami sememangnya tidak mungkin akan menjadi sempurna. dan semakin aku cuba menolaknya semakin kuat ia menerjah ke benak ku. dan tbenteng yang telah aku bina seolah-olah semakin rapuh. aku tidak tahu sejauh mana kekuatan dan ketabahan yang aku miliki itu mampu bertahan. aku tahu dia cuba utk menolak perasaanya terhadap aku, dan aku tahu dia cuba utk menanam rasa benci terhadapnya dihatiku. dan mungkin dia merasakan aku akan berundur dan mengalah setelah perjuangan yang aku kerah tidak berbalas. namun aku tidak selemah itu, selagi nyawa ini masih belum diambil dan selagi kaki ini masih lagi boleh melangkah...aku akan berusaha untuk bertahan. namun sekiranya takdir menentukan yang aku tidak punya hak untuk memilikinya, akan aku redha sungguh pun kenyataan itu sememangnya akan menyakitkan.