BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009

it's over...maafkan aku...

Salam untuk semua.
maafkan aku sekiranya aku memutuskan untuk tidak lagi meneruskan blog ini.
bukan kerana aku bosan atau benci tetapi aku tidak kuat untuk menanggung satu demi satu dugaan yang datang.
bukan bermakna aku lemah, tetapi aku tidak mahu terus menerus melukai perasaan aku sendiri.
terlalu berat jiwa ini menanggung dan aku dapat merasakan bahawa hati ini semakin tertutup untuk menerima kebenaran.
dan aku tidak mahu terus menerus menyakiti insan yang aku sentiasa cintai. it's hurt..to him, to me, and to us.
mungkin belum masanya untuk memintanya membuat keputusan. dan akibatnya, dia menutup segala peluang yang ada. terlalu singkat peluang yang diberi untuk membuktikan aku mampu berubah untuk jadi yang terbaik dan melengkapi sisinya. namun aku gembira walaupun masa yang diberikan sekadar dua hari. aku perlu pasrah. aku perlu bangkit dari kekalahan ini. aku redha jika suratan ini menjadikan kami insan yang lebih matang, lebih berdikari, lebih memahami dan lebih berhati-hati.
aku tahu betapa dia merindui
kenangan enam tahun yang lalu...dia merasakan aku telah berubah...aku akui aku tersilap mentafsirnya..aku fikir dia mahukan aku menajdi matang namun disebalik penerimaanya selama ini betapa dia merindui sifat dan sikapku yang dulu. tapi sedarkah dia sejauh mana atau sedalam mana rasa rindu dia untuk waktu itu, aku lebih merindui waktu itu..mungkin dia tak pernah tahu yang aku masih melakukannya sehingga ke hari ini, aku tak pernah lupa dan tak pernah penat atau jemu utk buat kad-kad ucapan sayang dan cinta untuknya. betapa bodohnya aku merasakan ia seperti kebudak-budakan. dan bodohnya aku kerana malu untuk beri padanya. aku takut dia akan tertawakan aku..dan aku masih lagi simpannya hingga ke hari ini. dan biarlah ia menjadi rahsia kerana dia tak akan pernah mengetahui akannya. memang aku silap menyimpannya namun untuk menyesalinya..pasti sudah terlambat buat aku.biarlah ia menjadi sisa kenangan indah yang akan menemani sepanjang hidupku. thanks babe, for our wonderful luv. aku hargainya tak pernah sesekali aku menyesalinya..walau mungkin telah kau temui cinta baru..aku redha dan aku tahu perlu bersedia mlepaskan kau pergi, walaupun berat untuk menerimanya..aku pasrah..kerana aku percaya dengan keikhlasan dan keluhuran cinta kita selama ini. aku tak pernah membohongi kau setiap kali aku ucap aku cintakan dikau, tapi mungkin ucapan itu tidak cukup buatmu menjalani hari-harimu sehingga ada yang mampu menakluki hatimu. pergilah sayang jika itu lebih membahagiakanmu, lebih membuatmu tenang dan lebih bermakna berbanding berada disampingku..aku izinkan kau pergi..cukuplah buatku hidup dengan sisa kenangan kita..mungkin lebih baik begini dari saling menyakiti..
cuma ingatlah syg, aku tidak pernah cuba untuk melupakan kau, dan aku tidak pernah cuba mengikis rasa cinta dan sayang di hati ini kerana ia telah sebati dalam jiwaku. harapan ku mungkin terlalu tinggi kerana sentiasa mengharapkan dikau kembali suatu hari nanti..namun jika takdir menentukan bahawa aku tidak punya hak untuk memilikimu..aku redha syg
.
maafkan aku kerana mengakhiri blog ini dengan rasa hati yang penuh rasa kecewa, pasrah, dan sedih. bukan aku sengaja melakukannya..namun biarlah apa yang aku mulakan dulu aku akhiri dengan perasaan yang sama..

Wednesday, September 23, 2009

@ku cinta diA

Setelah banyak dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. ,
aku kini lebih tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masalah..
bukan aku meninggi diri, tetapi pengalaman hidup yang tak seberapa ini mungkin telah menjadikan diri ini lebih matang dan berhati-hati

INSYALLAH,
dengan apa yang telah berlaku, aku akan cuba menjadi insan yang lebih baik
walaupun aku serba kekurangan, tetapi aku ber
syukur yang amat dengan apa yang dimiliki

setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
moga apa yang akan bakal berlaku esok akan ku lalui dengan penuh sabar dan tenang.

Amin.

Memang bersyukur kerana dapat kembali kesisinya
I admit that I made a mistake..
betapa aku menyes
al sangat-sangat..

it`s really hurts, bila kita sakiti orang yang kita sayangi..
I'm sorry b@be..

Tapi apa yang lebih membuatkan aku terharu adalah pabila dia sanggup untuk berikan peluang kedua kepada aku.. sebab dia percayakan aku.. sebab dia masih sayangkan aku..
Bukan bermakna dia lemah kerana terlalu mudah memaafkan aku,
teta
pi..

mungkin jodoh kami masih kuat..

mungkin ikatan yang telah terjalin antara kami menghalang perpisahan itu dari berlanjutan..

Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadamu kerana masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk aku berusaha memperbaiki diriku ini..

Ya Allah, baru kini aku sedar walaupun tiada siapa lagi yang mampu mendengar luahan hatiku, aku masih punyai En
gkau..

B@be, in rasa bertuah sangat sebab ada b@be yang masih
sayangkan in.. masih sudi mengambil berat..
In terharu sangat dan bersyukur sebab masih berpeluang memiliki cinta b@be..



thanks b@Be..
i'm really
2 appreciate your forgiveness
no matter happen to you or to our love
u're still m
y luv..
today, tommorrow n forever.


Kemb@Li....

Syukur kehadrat ILLAHI...
memberikan aku peluang sekali lagi
kembali mengecapi kebahagiaan yang dulu pernah diberikan
kerana lalai, ego dan kedegilanku
aku kehilangannya
betapa aku menyesali atas apa yang telah terjadi

Namun aku bersyukur kerana doa dan harapan ku selama ini dimakbulkan
benarlah jika kita punya kesabaran pasti akan terbalas jua akhirnya
dan aku sentiasa percaya akan keESAan ALLAH dalam apa jua keadaan sekali pun
kerana kasih sayang ALLAH itu akan sentiasa mendahului kemurkaannya

Dan kini aku percaya aku peroleh secebis kasih sayang dari yang Maha Esa
aku diberikan kesempatan sekali lagi untuk memperbaiki diri
betapa aku meredhai atas apa yang telah ditentukan buatku
aku terima dengan hati yang terbuka dengan harapan agar aku sentiasa diberada
dibawah lindunganNya..
ALHAMDULLILAH

Thursday, September 17, 2009

Terima KAsih Cint@


tersadai didalam sepiku
setelah jauh melangkah
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu

terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua kesalahanku
yang pernah menyakitimu

tanpamu tiada bererti
tak mampu lagi berdiri
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu

terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua
kesalahanku yang pernah menyakitimu

Sampai syurga...



ku membenarkan jiwaku untuk mencintamu

ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
untuk kamu untuk aku
belum pernah ku merasa ku begitu

semua itu telah berlalu
harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu
terus ku tertunggu
dihatiku
untuk kamu
belum pernah ku ingin terus menunggu

aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu

sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku untuk tatapanmu
bersamamu
harapanku
hilang dalam terang yang membutakan ku
dan segala yg ku ada ku berikan semua
untuk dirimu sahaja
ku mahu dirimu
untuk selamanya
biar sampai syurga
aku menunggu
cinta darimu
agarku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik untuk diriku

hanya satu

aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya kamu


~@lwayz Luv U b@Be~

Wednesday, September 16, 2009

Preparation Berhari Raya....

Anyway, this year aku tak prepare ape2 untuk menyambut hari raya aidilfitri,
bukan enggan memeriahkan aidilfitri kali ini..cuma kemeriahan aidilfitri kali ini sedikit kekurangan,
mungkin dek kerana dah terlalu biasa buat preparation bersama si dia, dan pabila kali ini terpaksa melaluinya bersendirian, aku menjadi sedikit janggal, dan adakalanya air mata ini seakan-akan cuba melawan permintaan hati ini tatkala melihat orang lain sibuk prepare persiapan raya..mungkin kerana dah terbiasa seiap kali menyambut raya, dia yang akan meenemani aku buat preparation. malah aku cuba untuk melaluinya sendiiri namun aku gagal dan aku telah membuat keputuan agar tiada persiapan untuk raya kali ini. walau apa pun alasannya, aku tak akan pernah mengalah dari berjuang untuknya. Dan sekiranya aku akan gagal kelak...sekurang-kurangnya aku telah pun mencuba yang terbaik. Untuk menjadi terbaik baginya mungkin terlalu sukar kerana aku menyedari bahawa aku mungkin tidak boleh melengkapi hidupnya. Dan aku mula sedar yang mungkin suatu hari nanti aku perlu berundur demi kebahagiaannya. Apa2 pun aku ada sediakan buah tangan untuknya cuma aku tak pasti sama ada perlukah aku mengirimnya kerana mungkin dia akan menolak pemberiaan itu. Dan mungkin dia tidak mahu terhutang budi padaku, dan mungkin dia khuatir pabila budi tidak terbalas,dia akan tersepit dek budi. Ntahlah...kadang-kadang aku buntu. Namun aku berharap agar kami sentiasa diberi petunjuk dan ketabahan hati yang tidak terhingga dalam mengharungi dugaan dan ujian Yang Maha ESA ini.

~sElamat mEnyambut hari rayE aidilfitri~
~maaf zahir dan batin~

Tuesday, September 15, 2009

Kopi 'o' @t@u TeH??? Mesti ke Pilih?

emmmm....tetiba jer teringat kat memori kopi or teh..

Kalau aku g singgah rumah orang..diaorang mesti a
kan tanya samada nak air sejuk ker panas..
Dan aku akan jawab tak kisah..panas pun bole
h..coz aku sebenarnye lebih suka kalau orang jamu aku teh..x kisah teh or teh o...janji teh! perhh...demamd betul...mesti kena sumpah dengan tuan rumah punye...hehehe...alah..sekali sekala kan..nanti bila diorang bertandang kat rumah aku pulak..aku jamulah fresh orange...waaaaahh..lagi advance aper...

Ntahlah...mungkin sebab aku dah terbiasa dibes
arkan denggan teh sebagai minuman aku untuk breakfast..dari tadika sampailah aku kat kolej..teh jugaklah yang aku cari ..sampaikan mamak kat kolej aku dulu pun pernah tanya taknak ke try air yang shake2...memanglah aku sahut suggestion die..dn aku pun mintaklah teh milkshake..pastu terus dia cebik kat aku...eh..suka hati aku r kan kalau nak minum ape...huhu

Aku dan BG mungkin punya
kegemaran yang berbeza..
Sikap kami berbeza,
Emosi dan perasaan kami berbeza,
Personaliti kami juga berbeza,

Banyak yang berbeza,

Tapi perbezaan itu tak pernah membataskan kasih sayang antara aku dan BG..
Kasih kami utuh,
Cinta kami jujur,
Rindu kami tulus,
Tahap perasaan antara kami itu juga mungkin
berbeza-beza..
Kerna adakalanya rindu BG melebihi rindu aku,
Dan adakalanya rindu aku melebihi rasa rindu BG pada aku,
Indah sungguh emosi dan perasaan ketika itu,
Walau berbeza ia sebenarnye mengeratkan
aku dan BG,

Begitu juga kisah 'kopi atau teh' ini,

Kerna aku lebih menyukai teh,
BG pula lebih menyukai kopi,

Dulu masa BG minum kopi o, Aku pulak minum teh,
DAn sejak mengenali BG, aku mula berjina
k-jinak dengan kopi o,
Walau aku penggemar warna hitam, Tapi aku tak pernah menyukai kopi o,
Tapi lama-kelamaan kesebatian BG dalam Diriku menyebabkan kopi juga semakin menjadi sebati dalam hidupku,
BG penggemar Kopi O ais,
Dan kini aku juga telah menduakan teh, hahaha...sori..
Kerna aku telah menjadi penggemar Kopi 'o' sama seperti BG,
Aku juga lebih gemar berkongsi Kopi 'o' dengan
BG,
Dan adakalanya aku habiskan Kopi 'o' BG,

Dan semenjak perbezaan kami benar2 memisahkan kami,
Tiada lagi kenikmatan menjamah Kopi 'o',
Kopi 'o' yang aku nikmati tidak lagi sama seperti Kopi 'o' mak BG,
Pernah aku cuba bancuh Kopi 'o' sendiri, tapi rasanye tak pernah sama,
Malah aku semakin rindukan Kopi 'o' buatan mak BG,
Pernah sekali dek kerana rindu nak minum Kopi
'o' mak BG, aku pun pergilah rumah BG semata-mata kerana Kopi 'o',
Tapi yang peliknya aku tak mintak pun mak BG buat Kopi 'o' tu...dan tetiba jer...mak BG kata...'sebelum balik minum dulu Kopi makcik'...perhhh...sayu betul rase hati mase tu...
Mak BG seolah-olah mengerti perasaan ini,

Dan mungkin mak BG mengerti yang aku sebenarnya lebih merindui BG dari air Kopi tu..
Betapa luhurnya hati mak BG bila cuba menyabark
an gelodak hati ini,
MAlah aku menjadi penggemar setia Kopi 'o'
mak BG
dan aku telah memilih Kopi 'o' sebagai kegemaranku,


Dan kini mungkin BG keseorangan menikmati
Kopi'o' kegemaran kami...
Biarlah rasa rindu pada KOpi 'o' mak BG ini menjalar,
Biarlah kami membawa haluan kami sendiri,
Kerana mungkin BG lebih selesa bersendirian tanpa teman menemaninya menikmati Kopi 'o' dipetang hari...
Dan mungkin kerana BG lebih bahagia begini...






Meriahnya Hari-hari Terakhir Ramadhan di OffiCe

Hari-hari terakhir ramadhan di office....
baru hari nie rasenya meriah..

kenapa?
sebab my boz nak support half drpd kos repair my beloved car..tq..tq..

kenapa?
sebab khabarnya nak dapat bonus..

kenapa?
sebab tetiba dapat duit raya..waaahhh..boleh g collect lagi nih..

kenapa?
sebab kerja yang dah tak banyak..
kenapa?
cuti raya yang panjang..

Walau apapun sebab mahupun alasan untuk mengakhiri ramadhan di office kali ini,
aku tetap bersyukur kerana masih lagi punya cebisan-cebisan kisah indah dihujung ramadhan kali ini..
~Terima Kasih ALLAH~



Monday, September 14, 2009

Rindu D@tang Lagi...


Semakin aku cuba untuk selindungkan rindu ini
Semakin terasa beban cinta ini
hanya menunggu ledakan bara cinta itu meletus...
ku pujuk hati ini bahawa jodoh kita pasti sudah di atur-Nya
Dan betapa teguhnya tebing hati ini berhempas pulas melawan ombak rindu

Menghalang benteng keegoan runtuh lewat kesetiaan mu di sisi
Namun semakin hari semakin tipis dan retaknya semakin jelas kelihatan
Yang akhirnya hanya mampu melihat benteng hati itu runtuh,
Betapa dahsyat dan hebatnya apabila cinta dan rindu itu bersatu
dan pada saat itu juga hati ini telah menyedari
BETAPA AKU AMAT MENGHARGAI DAN MERINDUI
KESEBATIAN DIRIMU DALAM HIDUPKU


Miz u B@Be

J.u.J.u.R P.a.D.a.K.u


Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu erti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan lah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya

Ada Kasih Yang Indah


Dulu aku pernah dicintai
Dulu aku pernah dirindui
Malah duluaku selalu dimanjai

Dulu aku selalu ditemani
Dulu aku selalu dipimpini
Dulu aku tidak dibiar dari dilukai

Dulu hanya senyuman dimiliki
Dulu hanya gelak tawa didengari
Dulu hanya yang indah diabadi

Dulu aku yakin cintaku punya kekuatan
Dulu aku yakin cintanya utuh
Dulu aku yakin kasihnya kukuh

aku menjadi alpa dengan dulu
aku menjadi lalai kerana dulu indah
aku lupa yang indah dulu mungkin tidak seindah kini

kini aku tidak pasti
kini aku bingung
kini aku menjadi lemah

kini hanya sunyi menemani
kini aku sepi membaluti diri
kini aku telah sendiri

kini hanya kesal jiwa rasai
kini hanya memori peneman sepi
kini hanya mimpi pengubat lara hati


Dulu dan kini
terlalu luas jurang dibentang
terlalu asing perasaan ini
tiada lagi bahagian indah dalam kisahku
tiada lagi dia disisi
tiada lagi dia menemani
tiada lagi dia mengisi sepi
jatuhnya aku
tiada lagi kisah indah mendodoi hati
kisah indah pergi
kasihku mati





Ku mencari Iman...


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tidak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tidak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sedikit kejayaan diberi
Lupa sudah 'siapa' yang memberi

Lemahnya diri ini
Baru sedikit kebaikan dibentang
Riak dan bongkak bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila kebajikan mula diatur
Tidak terdaya mahu teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki
Iman bisu menyepi sudah
Nafsu datang menganti akal mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah dilaung mahu tempuhi
Baru saja langkah diatur kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Banyaknya nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak mampu terhitung lagi
Tapi masih lupa dari mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik hanyut dibawa urusan duniawi
Tidak pernah khuatir amalan diterima
Juga tidak pernah gentar dari dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana harus ku sahut seruan jihad
Baru sedikit dilukai
Sudah menangis sudah juga meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa pada syari'at
Terkejar-kejar sesuatu yang tak pasti
Leka dibuai halusnya godaan suara terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis juga terlupa mengingat MATI

Lemahkah aku BG?

Sunday, September 13, 2009

Think about him?


emmmmm.....aku dah cuba utk lupakan dia buat sementara waktu sepertimana dia cuba utk melupakan aku. jujurnya, aku dah tak sanggup utk menghadapi keadaan ini. terlalu berat utk aku menanggung sendirian. dan entah mengapa perasaan ini seolah-olah sengaja diuji. sesungguhnya aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang telah berlaku antara kami kerana aku menyedari yang antara kami sememangnya tidak mungkin akan menjadi sempurna. dan semakin aku cuba menolaknya semakin kuat ia menerjah ke benak ku. dan tbenteng yang telah aku bina seolah-olah semakin rapuh. aku tidak tahu sejauh mana kekuatan dan ketabahan yang aku miliki itu mampu bertahan. aku tahu dia cuba utk menolak perasaanya terhadap aku, dan aku tahu dia cuba utk menanam rasa benci terhadapnya dihatiku. dan mungkin dia merasakan aku akan berundur dan mengalah setelah perjuangan yang aku kerah tidak berbalas. namun aku tidak selemah itu, selagi nyawa ini masih belum diambil dan selagi kaki ini masih lagi boleh melangkah...aku akan berusaha untuk bertahan. namun sekiranya takdir menentukan yang aku tidak punya hak untuk memilikinya, akan aku redha sungguh pun kenyataan itu sememangnya akan menyakitkan.

Thursday, September 10, 2009

Setelah dua puluh satu hari berpuase..

Dah masuk 21 hari dah puase...sekejap jer mase berlalu...
seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kemenangan...
Aidilfitri tiba bermakna Ramadhan akan berlalu...
rasa seolah-olah tdk puas menikmati ramadhan tahun ni...
terlalu banyak yang diharapkan sempena ramadhan kali ini namun yang pasti semua itu tidak kesampaian..dan tiba-tiba aku teringat kembali 'suara' yang tanpa jemu dan penat menasihati dan memberi semangat kepada aku..
dan pernah sekali dia datang menghampiriku menasihati agar..

"REDHAlah jika benar ikhlas menerimanya..
berDOAlah sebanyak mana mampu..
SUJUDlah selama mana mampu..
TABAHlah sejauh mana mampu..
dan
jika keSABARanmu akan terhenti nanti..
aku tahu dikau mampu menjadi seTABAHku..
aku tahu dikau sdh pasti SUJUD sama sepertiku..
aku juga tahu dikau akan terus berDOA tanpa jemu..
kerana aku tahu kau telah REDHA atas ketentuanNYA.."

Redha. Doa. Sujud. Tabah. Sabar.
dan yang pasti aku tahu ada kebenaran disebalik kata-katanya itu.
walaupun aku tahu mungkin aku tidak boleh menjadi setabah K.I
tapi aku telah cuba semampu yang boleh
dan setelah hampir berbulan aku tidak mendengar kata-kata semangat darinya
namun aku masih mengharap kisah bahagia berada dipenghujung perjalananku nanti

tensionnye....

~090909~
ramai orang pilih tarikh ni pergi kahwin...
ramai orang pilih tarikh ni pergi celebrate...
dan ramai juga orang pilih tarikh ni abadikan kasih sayang...
tapi..
aku tidak akan pilih tarikh ni...
sebab tarikh ni memang terlalu keramat dan menyebabkan aku terduduk dan merenung nasib aku dan hari yang semakin dekat nak raye!!!!
09/09/09....
memang dah nasib nak jadi cmni...nak buat mcm mane aien...
nie semua tender punya pasal...sibuk berkejar pergi nusajaya...
tetiba...enjin bau hangit...overheat..n then...
kereta rosak...tak boleh gerak...kena towing...hantar bengkel...head problem...kena top overhall...
kepala sakit denyut2....nak raye...banker dah takde...poket kering...
terpaksalah tabah dan redha mengahadapinye...
tapi...
waaaaaaaaa...nak bonus...nak bonus...dapat ker???bolehlah bozzzzz....please....
~090909~