BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 24, 2009

it's over...maafkan aku...

Salam untuk semua.
maafkan aku sekiranya aku memutuskan untuk tidak lagi meneruskan blog ini.
bukan kerana aku bosan atau benci tetapi aku tidak kuat untuk menanggung satu demi satu dugaan yang datang.
bukan bermakna aku lemah, tetapi aku tidak mahu terus menerus melukai perasaan aku sendiri.
terlalu berat jiwa ini menanggung dan aku dapat merasakan bahawa hati ini semakin tertutup untuk menerima kebenaran.
dan aku tidak mahu terus menerus menyakiti insan yang aku sentiasa cintai. it's hurt..to him, to me, and to us.
mungkin belum masanya untuk memintanya membuat keputusan. dan akibatnya, dia menutup segala peluang yang ada. terlalu singkat peluang yang diberi untuk membuktikan aku mampu berubah untuk jadi yang terbaik dan melengkapi sisinya. namun aku gembira walaupun masa yang diberikan sekadar dua hari. aku perlu pasrah. aku perlu bangkit dari kekalahan ini. aku redha jika suratan ini menjadikan kami insan yang lebih matang, lebih berdikari, lebih memahami dan lebih berhati-hati.
aku tahu betapa dia merindui
kenangan enam tahun yang lalu...dia merasakan aku telah berubah...aku akui aku tersilap mentafsirnya..aku fikir dia mahukan aku menajdi matang namun disebalik penerimaanya selama ini betapa dia merindui sifat dan sikapku yang dulu. tapi sedarkah dia sejauh mana atau sedalam mana rasa rindu dia untuk waktu itu, aku lebih merindui waktu itu..mungkin dia tak pernah tahu yang aku masih melakukannya sehingga ke hari ini, aku tak pernah lupa dan tak pernah penat atau jemu utk buat kad-kad ucapan sayang dan cinta untuknya. betapa bodohnya aku merasakan ia seperti kebudak-budakan. dan bodohnya aku kerana malu untuk beri padanya. aku takut dia akan tertawakan aku..dan aku masih lagi simpannya hingga ke hari ini. dan biarlah ia menjadi rahsia kerana dia tak akan pernah mengetahui akannya. memang aku silap menyimpannya namun untuk menyesalinya..pasti sudah terlambat buat aku.biarlah ia menjadi sisa kenangan indah yang akan menemani sepanjang hidupku. thanks babe, for our wonderful luv. aku hargainya tak pernah sesekali aku menyesalinya..walau mungkin telah kau temui cinta baru..aku redha dan aku tahu perlu bersedia mlepaskan kau pergi, walaupun berat untuk menerimanya..aku pasrah..kerana aku percaya dengan keikhlasan dan keluhuran cinta kita selama ini. aku tak pernah membohongi kau setiap kali aku ucap aku cintakan dikau, tapi mungkin ucapan itu tidak cukup buatmu menjalani hari-harimu sehingga ada yang mampu menakluki hatimu. pergilah sayang jika itu lebih membahagiakanmu, lebih membuatmu tenang dan lebih bermakna berbanding berada disampingku..aku izinkan kau pergi..cukuplah buatku hidup dengan sisa kenangan kita..mungkin lebih baik begini dari saling menyakiti..
cuma ingatlah syg, aku tidak pernah cuba untuk melupakan kau, dan aku tidak pernah cuba mengikis rasa cinta dan sayang di hati ini kerana ia telah sebati dalam jiwaku. harapan ku mungkin terlalu tinggi kerana sentiasa mengharapkan dikau kembali suatu hari nanti..namun jika takdir menentukan bahawa aku tidak punya hak untuk memilikimu..aku redha syg
.
maafkan aku kerana mengakhiri blog ini dengan rasa hati yang penuh rasa kecewa, pasrah, dan sedih. bukan aku sengaja melakukannya..namun biarlah apa yang aku mulakan dulu aku akhiri dengan perasaan yang sama..