BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 4, 2009

My Wonderful Love

Aku mungkin seorang anak yang suka membentak, seorang kakak yang hanya suka memerhati, seorang adik yang hanya bersedia menerima, seorang kawan yang selalu mendiamkan diri, dan mungkin seorang kekasih yang jarang memahami...malah aku sebenarnya malu untuk mengekspresikan perasaan aku di depan mereka yang sangat aku cintai.

Mujur aku punya Nieazrien.
Dan di saat jari-jemari ini laju menekan satu demi satu huruf di depan ini, ingatan aku mula menggamit memori silam malah mata ini terlalu liat untuk dijinakkan agar tidak lagi mudah untuk mengalirkan air mata.

Entah bagaimana harus ku mulakan..terlalu banyak ucapan dan penyataan yang ingin aku luahkan agar Dia dapat mengembalikan sesuatu yang pernah aku miliki dulu. Buat Mak abah tercinta, terima kasih ku ucapkan untuk segala kesusahan dan kepenatan selama membesarkan aku dan sehingga kini aku bersyukur kerana mula menyedari betapa sukarnya untuk mencari rezeki sendiri apatah lagi untuk menyara insan lain.

Malah perlu kamu tahu, betapa aku amat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan Mak dan Abah seperti mereka sebagai dua insan yang paling berharga sepanjang aku mengharungi hidup di muka bumi ini.

Buat yang lain, aku juga menyayangi kamu seumur hidup ku..tiada galang gantinya kerana aku telah dididik untuk menjadi pencinta yang setia.Sebagai kakak, mungkin aku hanya memerhati, tapi alangkah baiknya begitu dari tidak mengendahkan. Dan sebagai seorang adik, aku hanya mampu untuk menerima kerana aku hanya seorang adik.
Dan sebagai seorang kawan, mungkin lebih baik menjadi pendengar daripada penasihat, dan kerana itu aku memilih untuk hanya mendiamkan diri.

Dan sebagai seorang insan bergelar KEKASIH..terlalu luas maksudnya di sanubariku kerana terlalu banyak pengertian untuk digelar sebagai KEKASIH. mungkin aku jarang memahaminya kerana aku sering leka diulit mimpi..malah kini aku berharap agar mimpi itu akan sentiasa jauh dariku kerana aku mahu menjadi seorang yang lebih menjaga hati..