BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 1, 2009

aku masih tidak bersedia....

entah kenapa semakin hari semakin aku merasakan betapa hati ini semakin terluka. telah aku cuba bentangkan luas perasaan ini, dan telah aku asingkan satu persatu kesakitan ini agar aku bisa melupakannya walau sesaat. namun apalah daya ku...melawan sesuatu yang aku tak biasa lakukan. jujurnya aku masih lagi tidak bersedia mengahdapi dugaan ini...dan terlalu sakitnya pabila kita tahu akan kebenaran yang telah terhampar di hadapan kita. mulanya aku merasakannya hanya sekadar satu alasan yang mahu menguji kekuatan cinta aku, namun kini mungkin tekaan aku silap semata-mata. dan ALLAH itu maha pengasih dan penyayang...ditunjukinya kebenaran yang memang menyakitkan...telah aku berusaha sejauh ini namun aku tewas sekali lagi...dan kali ini ketidaksediaan aku benar-benar teruji...Ya ALLAH, berilah aku petunjuk agar dapat aku tempuh dugaan-Mu ini Ya ALLAH...sesungguhnya aku tidak pasti dengan kebenaran yang Engkau berikan ini...aku buntu aku bingung dan aku keliru untuk menerima takdir ini. Jika benar inilah ketentuan buatku...berilah aku kepastian Ya ALLAH...kerna hanya Engkau sahajalah yang aku punya kini...
dan kini aku masih memerlukan Nieazrien sebagai teman...

Thursday, September 24, 2009

it's over...maafkan aku...

Salam untuk semua.
maafkan aku sekiranya aku memutuskan untuk tidak lagi meneruskan blog ini.
bukan kerana aku bosan atau benci tetapi aku tidak kuat untuk menanggung satu demi satu dugaan yang datang.
bukan bermakna aku lemah, tetapi aku tidak mahu terus menerus melukai perasaan aku sendiri.
terlalu berat jiwa ini menanggung dan aku dapat merasakan bahawa hati ini semakin tertutup untuk menerima kebenaran.
dan aku tidak mahu terus menerus menyakiti insan yang aku sentiasa cintai. it's hurt..to him, to me, and to us.
mungkin belum masanya untuk memintanya membuat keputusan. dan akibatnya, dia menutup segala peluang yang ada. terlalu singkat peluang yang diberi untuk membuktikan aku mampu berubah untuk jadi yang terbaik dan melengkapi sisinya. namun aku gembira walaupun masa yang diberikan sekadar dua hari. aku perlu pasrah. aku perlu bangkit dari kekalahan ini. aku redha jika suratan ini menjadikan kami insan yang lebih matang, lebih berdikari, lebih memahami dan lebih berhati-hati.
aku tahu betapa dia merindui
kenangan enam tahun yang lalu...dia merasakan aku telah berubah...aku akui aku tersilap mentafsirnya..aku fikir dia mahukan aku menajdi matang namun disebalik penerimaanya selama ini betapa dia merindui sifat dan sikapku yang dulu. tapi sedarkah dia sejauh mana atau sedalam mana rasa rindu dia untuk waktu itu, aku lebih merindui waktu itu..mungkin dia tak pernah tahu yang aku masih melakukannya sehingga ke hari ini, aku tak pernah lupa dan tak pernah penat atau jemu utk buat kad-kad ucapan sayang dan cinta untuknya. betapa bodohnya aku merasakan ia seperti kebudak-budakan. dan bodohnya aku kerana malu untuk beri padanya. aku takut dia akan tertawakan aku..dan aku masih lagi simpannya hingga ke hari ini. dan biarlah ia menjadi rahsia kerana dia tak akan pernah mengetahui akannya. memang aku silap menyimpannya namun untuk menyesalinya..pasti sudah terlambat buat aku.biarlah ia menjadi sisa kenangan indah yang akan menemani sepanjang hidupku. thanks babe, for our wonderful luv. aku hargainya tak pernah sesekali aku menyesalinya..walau mungkin telah kau temui cinta baru..aku redha dan aku tahu perlu bersedia mlepaskan kau pergi, walaupun berat untuk menerimanya..aku pasrah..kerana aku percaya dengan keikhlasan dan keluhuran cinta kita selama ini. aku tak pernah membohongi kau setiap kali aku ucap aku cintakan dikau, tapi mungkin ucapan itu tidak cukup buatmu menjalani hari-harimu sehingga ada yang mampu menakluki hatimu. pergilah sayang jika itu lebih membahagiakanmu, lebih membuatmu tenang dan lebih bermakna berbanding berada disampingku..aku izinkan kau pergi..cukuplah buatku hidup dengan sisa kenangan kita..mungkin lebih baik begini dari saling menyakiti..
cuma ingatlah syg, aku tidak pernah cuba untuk melupakan kau, dan aku tidak pernah cuba mengikis rasa cinta dan sayang di hati ini kerana ia telah sebati dalam jiwaku. harapan ku mungkin terlalu tinggi kerana sentiasa mengharapkan dikau kembali suatu hari nanti..namun jika takdir menentukan bahawa aku tidak punya hak untuk memilikimu..aku redha syg
.
maafkan aku kerana mengakhiri blog ini dengan rasa hati yang penuh rasa kecewa, pasrah, dan sedih. bukan aku sengaja melakukannya..namun biarlah apa yang aku mulakan dulu aku akhiri dengan perasaan yang sama..

Wednesday, September 23, 2009

@ku cinta diA

Setelah banyak dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t. ,
aku kini lebih tenang apabila berhadapan dengan pelbagai masalah..
bukan aku meninggi diri, tetapi pengalaman hidup yang tak seberapa ini mungkin telah menjadikan diri ini lebih matang dan berhati-hati

INSYALLAH,
dengan apa yang telah berlaku, aku akan cuba menjadi insan yang lebih baik
walaupun aku serba kekurangan, tetapi aku ber
syukur yang amat dengan apa yang dimiliki

setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya..
moga apa yang akan bakal berlaku esok akan ku lalui dengan penuh sabar dan tenang.

Amin.

Memang bersyukur kerana dapat kembali kesisinya
I admit that I made a mistake..
betapa aku menyes
al sangat-sangat..

it`s really hurts, bila kita sakiti orang yang kita sayangi..
I'm sorry b@be..

Tapi apa yang lebih membuatkan aku terharu adalah pabila dia sanggup untuk berikan peluang kedua kepada aku.. sebab dia percayakan aku.. sebab dia masih sayangkan aku..
Bukan bermakna dia lemah kerana terlalu mudah memaafkan aku,
teta
pi..

mungkin jodoh kami masih kuat..

mungkin ikatan yang telah terjalin antara kami menghalang perpisahan itu dari berlanjutan..

Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadamu kerana masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk aku berusaha memperbaiki diriku ini..

Ya Allah, baru kini aku sedar walaupun tiada siapa lagi yang mampu mendengar luahan hatiku, aku masih punyai En
gkau..

B@be, in rasa bertuah sangat sebab ada b@be yang masih
sayangkan in.. masih sudi mengambil berat..
In terharu sangat dan bersyukur sebab masih berpeluang memiliki cinta b@be..



thanks b@Be..
i'm really
2 appreciate your forgiveness
no matter happen to you or to our love
u're still m
y luv..
today, tommorrow n forever.


Kemb@Li....

Syukur kehadrat ILLAHI...
memberikan aku peluang sekali lagi
kembali mengecapi kebahagiaan yang dulu pernah diberikan
kerana lalai, ego dan kedegilanku
aku kehilangannya
betapa aku menyesali atas apa yang telah terjadi

Namun aku bersyukur kerana doa dan harapan ku selama ini dimakbulkan
benarlah jika kita punya kesabaran pasti akan terbalas jua akhirnya
dan aku sentiasa percaya akan keESAan ALLAH dalam apa jua keadaan sekali pun
kerana kasih sayang ALLAH itu akan sentiasa mendahului kemurkaannya

Dan kini aku percaya aku peroleh secebis kasih sayang dari yang Maha Esa
aku diberikan kesempatan sekali lagi untuk memperbaiki diri
betapa aku meredhai atas apa yang telah ditentukan buatku
aku terima dengan hati yang terbuka dengan harapan agar aku sentiasa diberada
dibawah lindunganNya..
ALHAMDULLILAH

Thursday, September 17, 2009

Terima KAsih Cint@


tersadai didalam sepiku
setelah jauh melangkah
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu

terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua kesalahanku
yang pernah menyakitimu

tanpamu tiada bererti
tak mampu lagi berdiri
cahaya kasihmu meruntunku
kembali dalam dekat tangan mu

terima kasih cinta
untuk segalanya
kau berikan lagi kesempatan itu
tak akan terulang lagi semua
kesalahanku yang pernah menyakitimu

Sampai syurga...



ku membenarkan jiwaku untuk mencintamu

ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
untuk kamu untuk aku
belum pernah ku merasa ku begitu

semua itu telah berlalu
harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu
terus ku tertunggu
dihatiku
untuk kamu
belum pernah ku ingin terus menunggu

aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu

sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku untuk tatapanmu
bersamamu
harapanku
hilang dalam terang yang membutakan ku
dan segala yg ku ada ku berikan semua
untuk dirimu sahaja
ku mahu dirimu
untuk selamanya
biar sampai syurga
aku menunggu
cinta darimu
agarku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik untuk diriku

hanya satu

aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingi ku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintamu
hanya kamu


~@lwayz Luv U b@Be~

Wednesday, September 16, 2009

Preparation Berhari Raya....

Anyway, this year aku tak prepare ape2 untuk menyambut hari raya aidilfitri,
bukan enggan memeriahkan aidilfitri kali ini..cuma kemeriahan aidilfitri kali ini sedikit kekurangan,
mungkin dek kerana dah terlalu biasa buat preparation bersama si dia, dan pabila kali ini terpaksa melaluinya bersendirian, aku menjadi sedikit janggal, dan adakalanya air mata ini seakan-akan cuba melawan permintaan hati ini tatkala melihat orang lain sibuk prepare persiapan raya..mungkin kerana dah terbiasa seiap kali menyambut raya, dia yang akan meenemani aku buat preparation. malah aku cuba untuk melaluinya sendiiri namun aku gagal dan aku telah membuat keputuan agar tiada persiapan untuk raya kali ini. walau apa pun alasannya, aku tak akan pernah mengalah dari berjuang untuknya. Dan sekiranya aku akan gagal kelak...sekurang-kurangnya aku telah pun mencuba yang terbaik. Untuk menjadi terbaik baginya mungkin terlalu sukar kerana aku menyedari bahawa aku mungkin tidak boleh melengkapi hidupnya. Dan aku mula sedar yang mungkin suatu hari nanti aku perlu berundur demi kebahagiaannya. Apa2 pun aku ada sediakan buah tangan untuknya cuma aku tak pasti sama ada perlukah aku mengirimnya kerana mungkin dia akan menolak pemberiaan itu. Dan mungkin dia tidak mahu terhutang budi padaku, dan mungkin dia khuatir pabila budi tidak terbalas,dia akan tersepit dek budi. Ntahlah...kadang-kadang aku buntu. Namun aku berharap agar kami sentiasa diberi petunjuk dan ketabahan hati yang tidak terhingga dalam mengharungi dugaan dan ujian Yang Maha ESA ini.

~sElamat mEnyambut hari rayE aidilfitri~
~maaf zahir dan batin~